Thursday, December 23, 2010

Mukadimah Kepada Analogue Hidup Aku

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Pertama sekali aku nak menyatakan tujuan aku membina sebuah blog ini. Sebenarnya aku dah 3 kali buat blog, tapi sume hampeh. Tiada pengisian langsung dan banyak merapu saja. Kali ini, blog ini aku dirikan untuk mempersembahkan hasil seni lomography aku kepada mata-mata dalam dunia ini.

Aku memang masih mentah lagi dalam lomography ini. Memang tak sampai setahun lagi aku menggodek benda alah ini. Tapi bagi aku ada kelainan yang aku dapat rasakan. Memang lomography ini membuatkan aku semakin excited dengan pengembaraan hidup aku sendiri.

Aku tak kisah kalau korang nak mengata seni lomography yang terhasil ini. Sebab semuanya terhasil daripada ralat kamera. Ralat itulah seni. Ralat itulah lomography. Aku menggunakan kamera Diana F+ yang diberikan oleh kakak aku, dan macam-macam jenis film aku pakai.

Aku pun sudah malas nak taip panjang lebar kat sini, terima kasih kerana melawat.




No comments:

Post a Comment